Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 252

BALISTIK dengan 1000 Butir Peluru

$
0
0
BALISTIK dengan 1000 Butir Peluru

Kredit gambar, twitch filem. Filem Balistik yang dihasilkan oleh Dato Rosyam Nor dibawah produksi beliau iaitu Suhan Movies bakal ditayangkan bermula 9 Januari 2014 di semua panggung wayang tanah air. Malahan bukan sahaja di Malaysia, Brunei dan Singapore juga akan turut menayangkan filem Balistik.

Dato Rosyam Nor dalam Melodi 5 Januari 2014 menyatakan bahawa filem BALISTIK akan menjanjikan yang terbaik. Filem yang bertemakan gangstarism, namun diselitkan tentang nilai kasih sayang serta pengajaran akan melibatkan barisan pelakon yang hebat-hebat.

Dato Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Dato' Rahim Razali dan ramai lagi akan membarisi filem Balistik. Waaa leeza rasa teruja nak tonton filem Balistik ni, lagi-lagi ada Rita Rudaini kan... :-) Filem terakhir yang dihasilkan oleh Dato Rosyam Nor ialah Castello. Pada 9 Januari 2014 ini Balistik akan menghangatkan panggung berdekatan kita.

Tambah Dato Rosyam Nor lagi, filem Balistik ini telah menggunakan banyak peluru iaitu sebanyak 1000 butir pelurudan lebih kepada aksi tembak-menembak

Minggu depan, kalau ada masa .. leeza singgah panggung untuk menggegarkan otak dengan tembakan dan dentuman 1000 peluru dalam filem BALISTIK. heeeee....... 

Jomm layan trailer dulu erk..... Balistik oleh Dato Rosyan Nor
"Berazamlah Untuk Menjadi Lebih Baik"

Viewing all articles
Browse latest Browse all 252