Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 252

Peningnya Cikgu

$
0
0
Minggu ni kemahiran berfikir yang digunakan oleh leeza seriusly tahap maxima. Adoi selak-selak buku teks Tahun 3 Bahasa Malaysia SJKC, pening juga leeza. Leeza sampai pengajaran tajuk Keluargaku Sarawak, jadi kandungannya lebih bertumpukan kepada kehidupan orang Sarawak

Salah satu tajuk yang buat leeza pening ialah buah-buahan di Sarawak. Aduhai garu kepala leeza nak ajar. Membayangkan soalan yang bakal disoal oleh murid-murid, boleh jadi kelu lidah nak menjawab nanti. Pengetahuan tentang kehidupan dan makanan di Sarawak agak kurang, maka merangkak-rangkak juga lah nak cari pengetahuan di Internet ...... 

Jommm lihat apa yang buat leeza begitu pening nak ajar. Tambahan dengan murid yang begitu aktif bertanya dan memberi respon.

Buah Dabai Buah Engkalak


Maklumat daripada Buku Teks halaman 13 tentang Buah Dabai dan Buah Engkalak

Buah yang yang terkenal di Sarawak. Buah Engkalak Muda berwarna hijau dan bertukar menjadi merah apabila masak. Buah ini berbuah 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Disember.

Buah-buahan ini perlu direndam di dalam air suam lebih kurang 5 hingga 10 minit. Kemudian, bubuh sedikit garam supaya rasanya lebih enak apabila dimakan. Isinya lembut dan rasanya lemak sekali.
Demikian maklumat yang leeza dapat daripada buku teks halaman 13. Kalau boleh nak buat penambahbaikkan berkaitan maklumat buah dabai dan buah engkalak.

s e k i a n


Viewing all articles
Browse latest Browse all 252