Lukisan Menghiburkan Hati Pendidik- Mula-mula dulu ajar Dunia Seni Visual, rasa terbeban sangat. Tapi tidak lagi sekarang. Bila ajar seni, leeza rasa sangat seronok malahan dapat release tension. Pendek kata, minat nak ajar Seni lebih tinggi berbanding nak ajar Pendidikan Jasmani. Hoooo "tetiba selera berubah... I like Drawing!!"
Minat, Suka, Seronok, Happy TAPI Leeza masih tergolong dalam BUTA SENI. hoooooo...... itu tidak dapat dinafikan sama sekali... Oklah, jom kita lihat hasil lukisan anak-anak yang berusia 9 tahun ini... :-)
ANGRY SHARK : |
Teknik mewarna pelajar ini cukup membanggakan leeza. Rasa sangat kagum dengan si anak kecil ini. Daripada lukisan ni, leeza juga dapat belajar teknik mewarna. Terima kasih anak muridku!
FISH : KISS KISS |
Cukup gemuk tak ikan ni... Paling menarik hati leeza.. Part mulut ikan ni. Heeee muah muahh... :-p
RAINBOW FISH |
Ikan pelangi dan muncung yang panjang sedepa.... Leeza tertarik dengan kekreatifan murid ini mewarna. Serius buat leeza terfikir, bagus sungguh imaginasi anak kecil ini.
Dasar Laut : Waaaa |
Kagum dengan kepelbagaian haiwan laut dalam lukisan ni. Thumb Up Babe!
Mata Ikan : Macam pandang aku! |
Masa tengok lukisan ni, aduhai... hawat ikan ni macam pandang leeza jew... OMG!
Lukisan Ikan Tersenyum Riang |
Tengok ikan ni, gembira semacam jew...
Demikianlah lukisan-lukisan yang terpilih dan menghiburkan hati leeza. Lepas ni kalau pihak sekolah nak bagi 5 kelas seni pun tak per... Haaaaa sebab rasa ringan otak nak ajar walaupun nak sediakan bahan mengajar tu adakala blur, tapi tetap terhibur... Ceh ceh ceh...
TITIK SANTAI :: :: ::
3 kelas seni yang leeza ajar, sebenarnya banyak mengajar leeza bagaimana melukis, mewarna dan menjadikan sesuatu hasil karya itu lebih baik. Leeza tak malu untuk mengaku bahawa murid-murid banyak menjadikan leeza seorang guru seni yang lebih baik dari sehari ke sahari. Terima kasih!