![]() |
Disebalik X-Men: Days of Future Past |
3 hari lepas, leeza dibawa menonton X-Men: Days of Future Past. Leeza tak pernah pun mengikuti filem filem X-Men yang lepas. Pendek kata tak faham pun jalan ceritanya macam mana. Filem X-Men ni berkaitan apa pun tidak dapat leeza bayangkan.
Memilih waktu jam 11 malam untuk menonton X-Men: Days of Future Past nampaknya bukanlah satu pilihan yang tepat. Encik suami yang beli tiket, leeza turutkan sahaja lah .. Nampaknya hanya encik suami sahaja yang faham tentang filem X-Men: Days of Future Past. Leeza??? blur sepanjang masa...!
Rasanya sejam berlalu leeza menonton X-Men: Days of Future Past, kebosanan dah mula menyelubungi leeza. Duduk pun dah tak senang... Tambahan, ngantuk pun dah mula menguasai diri. Melihat encik suami kat sebelah bukan mainlah khusyuk menonton, akhirnya leeza tengok encik suami jer lah. Kah kah kah...
Tak lama, leeza pun tidur sampai habis filem ni. Itulah story nyer.. Sebenarnya, X-Men: Days of Future Past merupakan filem kedua yang leeza tidur sepanjang leeza pergi menonton wayang. Seingat leeza filem pertama yang leeza tidur ialah Puteri Gunung Ledang. hehehehe....
Demikianlah cerita leeza. Filem pertama menonton bersama encik suami dan kenangan yang tercipta leeza tidur... haaaaaa..... seriusly tak romantik tol den ni. hak hak hak...
Rumusannya, leeza boleh katakan bahawa leeza tak faham kisah X-Men: Days of Future Past dengan itu leeza pun tertidur lah jawapannya...
Kredit Gambar GOOGLE :
Sekian daripada S.L.