Salam sejahtera semua. Kali leeza berkongsi karangan tahap satu untuk aktiviti bergotong-royong. Karangan ni adalah hasil murid-murid kelas leeza. Ayat yang mudah dan ringkas. Moga dapat membantu para pembaca.
Gambar Repost: kejayaan anak didikku 2013 |
Aktiviti Bergotong-royong
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakanaktiviti bergotong-royong. Kami berkumpul di padang sekolah.
Aktiviti bergotong-royongbermula pada pukul 8.00 pagi. Kami juga telah membawa peralatan sendiri. Kemudian, Cikgu Lim membahagikanmurid-murid kepada empat kumpulan.
Kumpulan A bertugasuntuk menyapu sampah-sarap di kawasan dewan. Kumpulan B pula mengelap tingkap kelas dengan bersih. Kumpulan C pula mengutip sampah di kawasan padang manakala kumpulan D memangkas lalang dengan berhati-hati.
Pada pukul 11.00 pagi, aktiviti bergotong-royong pun tamat. Kemudian, murid-murid pergi ke kantin untuk menjamu selera. Mereka menjamu selera sambil berbual-bual dengan gembira.
Pada pukul 12.00 tengah hari, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Kami berasa bertuah kerana diberi peluang untuk menyertai aktiviti yang berfaedah ini.
Bahan bantu mengajar untuk bergotong-royong :
Sekian daripada santaileeza......