Avillion Legacy Melaka Sebagai Pilihan
![]() |
Avillion Legacy Melaka Sebagai Pilihan |
Cuti lepas leeza berkunjung ke Bandaraya Bersejarah, Melaka. Rasanya dah bertahun lamanya tidak berkunjung ke Melaka. Kali terakhir masa zaman sekolah. Perasaan teruja itu ada jugalah. Entri berkaitan Melaka ini akan bersambung dari satu bahagian ke satu bahagian.
Leeza akan mula dengan penginapan terlebih dahulu. Hotel Avillion Legacy Melaka menjadi pilihan leeza. Hal ini sebenarnya dipengaruhi oleh pengalaman leeza yang menginap di Avillion Port Dickson. Sungguh memuaskan hati dan disebabkan pengalaman itu, leeza mengambil keputusan untuk menginap di Avillion Legacy Melaka.
![]() |
Carian Google |
Sarapan yang disediakan baik dan ruang makan yang selesa daripada pihak Hotel Avillion Legacy Melaka. Sangat berpuas hati.
Tempat letak kereta Hotel Avillion Legacy Melaka di ruangan atas. Lif ke tempat kereta hanya boleh menggunakan lif dari lobby atau tingkat 6. Tiada lif dari tingkat bilik ke tempat letak kereta.
Harga Penginapan Hotel Avillion Legacy Melaka RM178++ (selepas mendapat diskaun 10%) ... namun ada 3 bayaran yang lain .. RM2 , RM10.++ , rm17.++ untuk sehari... Boleh tahan juga lah harganya... errrrrr
Keseluruhannya, leeza berpuas hati menginap di Hotel Avillion Legacy Melaka dan leeza memberi 3.5 / 5 bintang.
Kelemahan yang perlu dibaiki di Avillion Legacy Melaka :
1. Layanan daripada pihak Avillion LegacyMelaka semasa Check-in dan Check-out. Sedikit penambahbaikkan perlu dilakukan dari aspek ketepatan masa.
2. Siaran televisyen yang terdapat di Avillion Legacy Melaka kurang memuaskan – tidak jelas.
Sekian daripada Santai Leeza.com
Sekian daripada Santai Leeza.com