Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 252

Peta Titi Bendera Malaysia

$
0
0
Peta Titi kali ini diketengahkan dalam artikel kali ini. Bukan mudah seseorang guru ingin menyampaikan ilmu baharu kepada murid. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini, murid bukannya boleh duduk diam semasa guru menerangkan sesuatu. 

Kali ni leeza cuba untuk mengajar murid-murid tentang Peta Titi kepada murid-murid. Kumpulan sasaran leeza ialah murid Tahun 3. Mula dengan tajuk yang serba ringkas dan menggabungkan dengan sedikit pengajaran seni visual. Moga dapat menimbulkan minat serta kegigihan murid untuk membina Peta Titi ini.

Tajuk yang leeza pilih ialah Bendera Malaysia. Mudah dan ringkas. Kebetulan leeza mengajar pada bulan Ogos lalu, maka leeza ketengahkan tajuk ini. 

Mari lihat contoh Peta TitiBendera Malaysia. Terdapat beberapa Peta Titi yang silap. Namun, ini adalah hasil pertama anak murid kelas Tahun 3 ini.

Peta Titi Jalur Gemilang
Peta Titi Jalur Gemilang 2
Peta Titi Bendera Malaysia
Peta Titi Jalur Gemilang

Peta Titi Jalur Gemilang

Sekian daripada Santai Leeza. Inilah hasil Peta Titi murid Tahun 3 leeza.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 252