Chinese Jewellery Museum Melaka |
Oklah, kali ni leeza nak berkongsi tentang satu tempat yang unik di Melaka iaitu di Straits Chinese Jewellery Museum, Melaka . akan memaparkan koleksi barang kemas dan perhiasan masyarakat Baba Nyonya. Yang menariknya semasa kita melawat Straits Chinese Jewellery Museum, Melaka ialah kita akan dibawa oleh pekerja di situ sepanjang kita melawat muzium tu. Malahan penerangan juga diberikan oleh pekerja tersebut.
Keistimewaan muzium ini, kita dapat mengetahui masyarakat dan kehidupan Baba Nyonya. Ini memang menarik, cara pekerja itu bercerita kepada kita juga menarik. Terima kasih leeza ucapkan. Kunjungan leeza ke Straits Chinese Jewellery Museum, Melaka telah menambah ilmu pengetahuan leeza tentang masyarakat Baba Nyonya.
Harga tiketuntuk memasuki Straits Chinese Jewellery Museum, Melaka ialah RM15.00 untuk dewasa, kanak-kanak pula RM10.00. Satu tips yang leeza nak beritahu ialah kalian akan dapat memberi tiket dewasa dengan harga RM10.00 di sebuah kedai barangan antik beberapa buah kedai sebelum Straits Chinese Jewellery Museum Melaka.
Straits Chinese Jewellery Museum, Melaka ini dibenarkan untuk merakam gambar. Jadi tidak menjadi masalah kepada mereka yang suka merakam gambar atau video.
Chinese Jewellery Museum Melaka |
Alamat Chinese Jewellery Museum Melaka
108, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka, Malaysia.
Telefon : 06-281 9763
Perkongsian gambar di Chinese Jewellery Museum Melaka