Salam sejahtera. Kali ni leeza tampil dengan tajuk Pengajaran Penulisan Ulasan Nilai Murni. Tahun lepas diberi peluang mengajar kelas elit (murid-murid yang cemerlang). Maka, pengajaran penulisan ulasan nilai murni agak mudah disampaikan dengan cara biasa (penerangan + contoh).
Agak berbeza tahun 2015 ini, kelas yang diberi ialah kelas elit dan kelas yang lemah. Maka, pengajaran agak berbeza. Fuhhh mencabar juga nak buat murid-murid memahami penulisan ulasan nilai murni. Kali ni leeza tampil dengan unsur warna. Dahulu leeza menggunakan singkatan PKKNSB tapi kali ini leeza hanya menggunakan warna untuk membeza dan memudahkan murid-murid.
Sejauh mana keberkesanannya, leeza perlu tunggu bulan depan. Moga murid mudah memahami dan mengingatinya untuk diaplikasikan dalam harian mereka.
Bahan atau pemudah cara untuk pengajaran Penulisan Ulasan Nilai Murni adalah seperti berikut. Moga mereka dapat menguasainya. Segelintir murid kelas lemah leeza ni tidak menguasai hampir 70% Bahasa Malaysianya.
![]() |
Cara Ajar Ulasan Nilai |
Leeza guna 4 warna sahaja dalam menghasil penulisan ulasan nilai murni. Leeza fokuskan 4 warna yang ada pada rumah sukan. Leeza harap mudahkan mereka ingat. leeza mulakan dengan warna merah kerana di sekolah cina & dalam bahasa cina kita akan mula sebut merah - kuning - biru - hijau.
** Kalau ada sesiapan ada link atau cara yang mudah untuk mengajar... Sila beri tunjuk ajar.