Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 252

Kisah Permata: Pengenalan Permata

$
0
0

Tahun ini lain pula ceritanya. Tahun 2015 bermula dengan pantasnya. Tahu-tahu dah bulan April. Kerenah murid-murid leeza tahun ini juga berbeza jika dibandingkan tahun lepas. Nak berkongsi sikitlah perbezaan atau cabaran yang leeza hadapi tahun ni. 

Tahun 4 (2015) "KELAS ELIT PERTAMA"
Gelagat dan kerenah muridnya, leeza boleh samakan dengan peribahasa seperti murai tercabut ekor. Bicaranya tidak dapat dihentikan, pendek kata macam radio rosak atau radio kehilangan siaran. Huuuu semangat kalau nak tenangkan kelas tu. 

Tatkala guru bersemangat mengajar dan menerangkan bla blaaa blaaaa.... Mereka juga tidak keruan mencatat, tidak terkecuali sebilangan kecil yang mengelamun entah ke mana. Tahu-tahu bila disoal, satu pun tidak terkata, angin satu badan dibuatnya. 

Satu yang mengagumkan, semangat daya saing, semangat untuk menjadi yang pertama dalam kalangan mereka yang otak cair sungguh tinggi dalam diri mereka. Kagum sekali guru melihatnya. Dek kerana semangat daya saing yang melangit itu, kegagalan sukar pula diterima.

Air mata berjurai pada mereka yang kecundang dalam medan pertempuran. Tidak kira jantina, air mata terus mengalir. Hmmmmmm guru hanya tersenyum melihat mereka. Nasihat diusulkan membaiki setiap kelemahan.

Hari demi hari mereka mula belajar menerima kekalahan, belajar bertoleransi, belajar mencontohi mereka yang agung sekali di kelas itu. 

Di sini, guru dipertemukan dengan permata yang bernilai. Permata yang perlu digilap dan akan bersinar. Leeza "dijodohkan" dengan seorang murid yang "HEBAT" ... Sehingga guru perlu menjadikan kamus sebagai peneman tatkala menyemak karangan dan bina ayatnya. Insan yang bernama YKK . 

Ingin aku ucapkan ribuan terima kasih kepada murid permata ini kerana menjadikan aku lebih bermotivasi sebagai seorang guru. Sudah lama kunantikan murid sehebat ini hadir dalam dairi hidupku.

Sehebat manakah murid ini??? Akanku kukongsikan  ceritanya pada entri akan datang!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 252