Salam sejahtera semua. Kali ini leeza akan berkongsi cerita tentang tempat menarik yang boleh kita kunjungi di Port Dickson.
KELIMA : Muzium Lukut
- pergi pagi atau petang.
- kawasan terbuka dan agak panas.
- kawasan pameran tertutup dan terletak di dalam sebuah teratak.
- tiada sebarang bayaran dikenakan.
- tidak mendapat sambutan daripada orang ramai. * masa leeza pergi tu tidak ramai orang pun. Hanya dua buah keluarga.
Selalunya kita akan melakukan aktiviti air sahaja di sana. Kali ni leeza akan kongsikan kunjungan leeza ke beberapa buah tempat yang terdapat di Port Dickson.
PERTAMA : Upside Down Art Gallery Port Dickson (Rumah Terbalik)
· Upside Down Art Gallery Port Dickson sebenarnya tak boleh lah nak dikategorikan rumah terbalik sangat.
· Upside Down Art Gallery Port Dickson bukanlah dibina seperti sebuah rumah terbalik. Upside Down Art Gallery Port Dickson hanyalah bangunan kedai.
· Apabila kita melangkah masuk, kita seolah terbaik kerana semua benda berada di atas kita.
· Bertiketkan RM15 untuk dewasa, bagi leeza harganya bolehlah...
· Namun, Upside Down Art Gallery Port Dickson akan mengadakan penambahbaikkan. Katanya, November 2015 akan bertambah lagi galerinya.
Lokasi :
No. 13A & 15, Jalan Coral Walk | Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson 71050, Malaysia.
Berdekatan Ancasa Apartment
KEDUA : Ostrich Farm Port Dickson
· Boleh dikategorikan kunjungan yang menarik.
· Pada mereka yang berminat dengan dunia haiwan, boleh berkunjung ke sini.
· Di Ostrich Farmini juga kita boleh menikmati daging Ostrich.
· *Disarankan agar kalian mengambil kunjungan ke satu tempat sahaja.
· Pergilah pada awal pagi atau petang. Agak panas juga kawasannya.
Lokasi :
Lot 1419, Jalan Kemang 13| Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson 73000, Malaysia
Ostrick Farm dan Up Side Down Berdekatan sahaja!
KETIGA : Alive 3D Art Gallery Port Dickson
· Pengalaman yang menarik.
· Masa leeza pergi orang ramai sangat.
· Perlu menanti dengan sabar.
· Perlu kedudukan yang betul untuk merakam gambar.
Lokasi :
NO 38-40,
JALAN DS 2/1,
BANDAR DATARAN SEGAR,
LUKUT,
71010 Port Dickson,
Negeri Sembilan, Malaysia
KEEMPAT : Muzium Kucing
· Bangunan 3 tingkat.
· Sesuai kepada penggemar kucing.
· Masih berada dalam keadaan yang bersih walaupun banyak kucing.
Lokasi :
Bersebelahan sahaja dengan Muzium 3D.
Muzium Lukut |
KELIMA : Muzium Lukut
- pergi pagi atau petang.
- kawasan terbuka dan agak panas.
- kawasan pameran tertutup dan terletak di dalam sebuah teratak.
- tiada sebarang bayaran dikenakan.
- tidak mendapat sambutan daripada orang ramai. * masa leeza pergi tu tidak ramai orang pun. Hanya dua buah keluarga.
King's Char Juey Teow |
**Kalau nak makan best.. boleh cuba di King's Char Kuey Teow.. Tapi ramai manusia taw. So kena pergi awal.