Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 252

Soalan Pemahaman Bahasa Malaysia KSSR

$
0
0
Salam sejahtera para pembaca. 
Kali ni penulis akan berkongsi dengan para pengunjung semua tentang Soalan Pemahaman Bahasa Malaysia KSSR. Diingatkan bahawa soalan ini digubal sendiri manakala petikannya diambil daripada Didik BH keluaran yang bertarikh 26 Oktober 2015.

Penulis membuat sedikit suntingan dan penambahbaikkan dengan membina beberapa soalan pemahaman berdasarkan karangan yang diambil. 


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Semua orang mempunyai rakan atau sahabat dalam kehidupan mereka. Sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita ketika berada di sekolah atau di luar sekolah.

Saya mempunyai seorang sahabat yang saya sayangi iaitu Rina. Rina merupakan sahabat yang paling saya sayangi. Rina sentiasa membantu saya ketika saya dalam kesusahan. Contohnya, pernah suatu hari ketika sakit perut, Rina membeli makanan untuk saya dan dia menyuapkan untuk saya.

Begitu juga dengan hal pelajaran. Dia banyak membantu saya dalam mata pelajaran Matematik. Rina juga sentiasa memberi semangat kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh agar berjaya dalam peperiksaan. Semasa peperiksaan pertengahan tahun ketika Tahun Lima, saya gagal mendapatkan keputusan yang cemerlang. Rina telah memberi semangat dan membantu saya sehingga saya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Ketika saya kemalangan dan berehat di rumah, Rina sentiasa berada di samping saya. Rina menjaga saya dengan tenang dan sabar. Rina menyuap­kan makanan untuk saya sehingga saya sihat. Apabila pulang dari sekolah, Rina akan terus pergi ke rumah saya untuk menemani saya. Saya sangat terharu atas apa yang Rina lakukan.

Saya juga kagum dengan sikap Rina yang baik hati dan tenang. Walaupun tugasnya banyak sebagai Ketua Pengawas, Rina tetap tenang menjalankan tugasnya dan tidak pernah ketinggalan dalam pelajaran. Rina juga baik hati dan tidak meninggikan diri walapun Rina merupakan anak orang kaya.

Saya sayang akan Rina dan berharap suatu hari nanti kami dapat menjejak kaki ke menara gading. Saya berharap kami akan masuk ke universiti yang sama dan tinggal dalam bilik yang sama ketika di universiti kelak.

1.      Apakah maksud perkataan sahabat?
A.    Insan yang paling kita sayangi
B.     Insan yang paling rapat dengan kita
C.     Insan yang paling rapat dengan kita ketika berada di sekolah dan di luar sekolah
D.    Insan yang paling kita hormati

2.     Antara kenyataan berikut, yang manakan BUKAN pertolongan yang dihulurkan oleh Rina?
A.    Membantu penulis dalam mata pelajaran Matematik
B.     Menemani penulis ketika penulis sakit
C.     Menjaga penulis dengan sabar
D.    Meminjamkan wang kepada penulis.

3.     Antara berikut, yang mana satukah sikap baik yang ada pada Rina
A.    Baik hati
B.     Meninggi diri
C.     Kedekut
D.    Pendiam

4.     Antara kenyataan berikut, yang mana satukan tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh penulis kepada Rina jika Rina dalam kesusahan.
A.    Segera meminta rakan-rakan yang lain membantu Rina
B.     Berusaha membantu Rina dengan apa jua cara sekalipun
C.     Tidak mengendahkan kesusahan yang dihadapi oleh Rina
D.    Melarikan diri daripada Rina agar Rina tidak menyusahakan penulis

5.     Senaraikan Tiga ciri-ciri seorang sahabat yang baik.
A.    _____________________________________________________
B.     _____________________________________________________
C.     _____________________________________________________

6.     Jika sahabat baik kamu ialah Rina, mengapakah kamu perlu membantu Rina apabila dia dalah kesusahan?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

7.     Perkataan membantu yang terdapat dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan ____________________.

8. Perkataan memperoleh yang terdapat dalam petikan boleh digantikan dengan perkataan _________________.


Sekian ~
Bersusah Dahulu, Bersenang Kemudian.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 252