Kali ni leeza nak story pasal kes kelalaian & DITIPU semasa membeli SIMCARD... Bila difikirkan semula, rasa seolah-olah diri ini TERLALU LALAI dan CUAI semasa MEMBELI....
Leeza pergi beli SIMCARD XX.. Penjual beri dua pilihan SIMCARD XX... Leeza pun tanya juga kenapa dua dan kenapa nombor tak berapa nak lawa ni.
PENJUAL tu kata ni simcard lama yang ada bla bla kelebihannya.. Leeza dengar jew lah... Dalam SIMCARD ni ada kredit RM25.... I jual pada u RM35... Biasanya I jual RM50... ... Leeza pun angguk-angguk jew lah...
Then leeza telefon kawan tanya pendapat... dup dup dia dah patahkan SIMCARD tu.. leeza pun macam dah was was.... Tapi sedapkan hati jew lah... Then leeza nak bayar dan nak bagi IC untuk REGISTER lah konon.. Dup dup dia cakap tak payah IC... Tak perlu REGISTER...
Leeza pelik tapi leeza fikir mungkin ker sekarang ni sistem dah berubah.. Al-maklum dah lama giler tak berurusan hal macam ni.... Then leeza pun bayar dan bla...... (ngong tol)
Dah sampai rumah.. Leeza nak try lah call, SMS and register nombor yang selalu dihubungi supaya dapat lah murah nantikan... Dup dup TAK BOLEH CALL OUT, TAK BOLEH SMS!!! Perghh masa tu dah angin satu badan!!!!
Check baki ....>>>> ADA RM25... Tapi tempoh dah tamat 5 hari lepas rupanya... WHAT!!! Pusing kepala wooooo.... So leeza kena top up...!! Yang buat leeza tertanya-tanya sebenarnya, nombor fon ni didaftar atas nama siapa ???? Sebab bila leeza call pada rakan-rakan yang lain, mereka kata mesti kena register dan beri IC.. ....
Dilema leeza sekarang ...
1. NAK TERUS GUNA ......
2. Transfer kredit pada kawan dan beli sahaja SIMCARD BAHARU....
1. NAK TERUS GUNA ......
2. Transfer kredit pada kawan dan beli sahaja SIMCARD BAHARU....
TITIK SANTAI :: :: ::
Perlukan pendapat kalian... TQ....






