De Asian Cafe, Malaysian Flavours Delights l Satu malam meronda kawasan perumahan area Bandar Tun Hussein Onn, ternampak sebuah "CAFE" yang kelihatan begitu menarik sekali iaitu De Asian Cafe.
De Asian Cafe Bandar Tun Hussein Onn |
1. KawasanRestoran De Asian Cafe, Bandar Tun Hussein Onn ini sungguh SANTAI... Angin malam betul-betul mengembalikan mood yang tengah menjunam-junam .... :-(
2. Aneka makanan ada kat De Asian Cafe dan semestinya menu KEK menjadi santapan paling lama leeza tenung ar.....
Jomm singgah tengok makanan De Asian Cafe pilihan leeza yer.... >>>
Vegetarian Wan Tan Mee: De Asian Cafe |
HARGA : RM9.50
Tengok tu, leeza makan type vegetarian... Sebenarnya tak tahu pun tu vegetarian, main belasah jerr order sebab bukannya nampak sangat pun menu masa order. Haaaaa
Disebabkan angin malam sepoi-sepoi bahasa (ayat skema jap), akak leeza order bubur...
Teow Chew Porridge: De Asian Cafe |
HARGA : RM7.50
Minuman leeza... kali simple sahaja.. silap pilih air, sepatutnya pilih air panas.. ni pergi order air sejuk tengah malam... uinaaaaaa....Winter Melon Longan Ice: De Asian Cafe |
HARGA : RM 5.90
Cookies Ice Cream Cake: De Asian Cafe |
HARGA : RM5.90
Keseluruhannya, leeza rasa puas hati dan akan berkunjung lagi untuk mengisi ruang-ruang kosong perut ini. Haaaaa......
TITIK SANTAI :: :: ::
Kita boleh berkorban demi sebuah kebahagiaan yang kita mahu, namun pastikan pengorbanan itu tidak disia-siakan kemudian hari. Fikirkanlah adakah ianya berbaloi?