Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 252

Obses Badminton Sehingga Bertengkar

$
0
0
Maybank Sirkit Kebangsaan Terbuka Kuala Lumpur 2013 sudah melabuhkan tirainya... Untuk makluman, leeza terlibat dalam kejohanan ini secara tidak langsungnya. Leeza bertugas sebagai "Line Judge"... 
Saya tak ada dalam ni... :-)
5 hari berkampung di Stadium Badminton Cheras Kuala Lumpur cukup memenatkan... Fuuuhhh.... Pelbagai dugaan leeza perlu tempohi untuk melibatkan diri dalam kejohanan ni.

    Pertama, leeza tak dapat pelepasan dari pihak sekolah untuk membenarkan leeza cuti tanpa rekod. Then, leeza kena pergi sekolah dan lepas sekolah leeza bergegas ke Stadium Badminton Cheras Kuala Lumpur untuk bertugas sehinggalah 10 malam... Esoknya kena pergi sekolah semula... Aduhai... penatnya... Air mata juga mengalir di sekolah gara-gara pedebatan dengan pihak sekolah....

    Cakap pasal badminton ni, u all pun sedia maklum leeza ni peminat tegar badminton kan... So dari bermain badminton sehinggalah AJK Teknikel badminton pun leeza belasah... Semestinya raket badminton dan pakaian sukan badminton menjadi koleksi leeza... Lately ni leeza selalu singgah di salah sebuah laman online shopping ni, tangan ni gatal tengok koleksi sukan di situ... Kalau u all free, bolehlah belek-belek kat Zalora Malaysia... Macam-macam koleksi sukan boleh dilihat!!!

     Ohh yaaa... Leeza nak share juga gambar raket yang patah ....
Kenangan .....
Sebelum terlibat dengan kelas tambahan tahun 6 untuk sesi 2014, setiap hujung minggu, leeza mesti main badminton... Sekarang ni dah kena plan training badminton yang baharu... Sebab jadual pack sangat weekdays, so hujung minggu nak berehat di rumah... errrrr.........

Sebelum melabuhkan tirai......
    Mohon maaf atas keterlanjuran bahasa dan tingkah laku yang agresif ini... Andai bicara ditutur dengan baik dan disusun dengan sempurna.. Pastinya tiada salah faham antara leeza dan pihak sekolah... Belajar dari kesilapan ini dan jadikan sebagai panduan akan datang...

TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza akan terus menulis walaupun sibuk... Pada mereka yang sudi membaca, terima kasih.....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 252