Tajuk sebuah artikel "Bahasa Melayu bukan punca daya saing kita merudum " menarik minat leeza untuk berkongsi dengan para pembaca. Al-maklum, leeza kan guru bahasa.... (haaaaa tapi menulis tak macam guru bahasa.... )
Leeza share sebilangan perenggan artikel ini... (BACAAN PENUH DI SINI)
Kemahiran berfikir antara jalan penyelesaian pertingkat mutu pendidikan
Kenyataan bahawa daya saing kita di persada antarabangsa dalam bidang pendidikan menjunam selepas kita bertukar kepada sistem yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada 1970 adalah tidak tepat selain bersifat tidak bertanggungjawab.

Malangnya, sekali lagi ia terbit daripada mulut kaum Melayu sendiri yang juga penutur jati bahasa Melayu. Ia semacam menuding jari kepada bahasa Melayu sebagai penyebab utama.
Bahasa Melayu dengan taraf bahasa modennya memang mampu memandaikan anak bangsa kita dalam semua jurusan ilmu”
Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan merudum itu wujud, tetapi ia tidak sekali-kali ada kaitan dengan penggunaan bahasa Melayu secara dominan dalam sistem pendidikan negara.
Bahasa adalah alat untuk menyampaikan fikiran. Inilah peranan asasnya. Sehubungan itu, semua bahasa dianggap sama, yakni mampu menyatakan hasrat di hati penutur jatinya. Semua bahasa dianugerahkan Tuhan dengan kecekapan ekspresif walaupun dalam bentuk berlainan.
Walaupun begitu, bagi tujuan pendidikan, bahasa berkenaan perlu melalui proses untuk mewujudkan ragam baku yang akan digunakan untuk pelbagai hal rasmi dan formal. Dalam hal ini, bahasa Melayu memang sudah lama memiliki ragam bakunya.

- Keadaan anak bangsa kita yang kurang cekap ini, khususnya dalam sistem antarabangsa, tidak patut dikaitkan dengan bahasa Melayu yang digunakan. Beberapa negara lain yang menggunakan bahasa negara sendiri, antaranya Korea dan Jepun, tidak pun kekurangan daya saing mereka dalam beberapa penilaian prestasi antarabangsa.
TITIK SANTAI :: :: ::
Berkongsi artikel ...... :-)