Sabtu lepas sekolah leeza telah mengadakan Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan... Kem Sukan ini telah melibatkan 45 orang murid dan 8-10 orang guru .... Seharian di sekolah dari 7.30 pagi sehinggalah 6 petang... Seharian yang memenatkan...
Sepanjang hari Kem Sukan Sekolah ni, banyak yang telah leeza pelajari... Walaupun leeza sebagai guru pembimbing dalam kem ni, leeza turut belajar pelbagai aktiviti kecergasan dan pergerakan yang "menyeksa" tubuh badan dan otot-ototku...
Bajet hebat ... so leeza join lah murid sekali buat.... uuuinaaaa... mahunyer tak sakit badan.... isyh iysh ... nampak sangat dah berumur!! haaaaaaaa ~ ~ ~
Selain itu, Kem Sukan Sekolah ni juga dapat mengeratkan silaturahim antara guru dan murid.... Leeza gembira dapat beramah mesra dengan para pelajar... Leeza sempat juga lah mengambil kesempatan menasihati murid yang leeza ajar agar mereka banyak membaca untuk meningkatkan kemahiran mengarang.. Haaaaaa..... "Sambil berenang minum air kaaa???"
Sebelum melabuhkan tirai entri ni.. Leeza nak share gambar-gambar yang sempat dirakam....
Berhimpun lah kita yerrr..... |
Taklimat di Awal Pagi |
Regangan bersama Encik Pijol |
Krak krak pinggang den ... |
Anda dah bersedia ker??? |
Kecergasan dulu yer cik abang! |
Menjaring lah wahai anak-anakku! |
TITIK SANTAI :: :: ::
Serius penat hari tu.. Lepas isyak leeza dah melelapkan mata... Sambil meratap sabtu yang sudah berlalu... :-p