Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all 252 articles
Browse latest View live

Rancangan Pelajaran Tahunan BM SJKC

$
0
0
Selamat memuat turun Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) BM SJKC. Leeza lampirkan di sini Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Bahasa Malaysia (BM) khususnya untuk SJKC. Harap maklum!

*Tarikh dan minggu perlu diubahsuai mengikut kesesuaian guru-guru.
** RPT yang dilampirkan di sini bukan hasil sekolah mahupun diri leeza. Semuanya di muat turun dari laman lain. 

RPT BM SJKC 
RPT BM SJKC TAHUN 3 KSSR (Sila muat turun)
 
RPT BM SJKC TAHUN 4 KSSR (Sila muat turun)
 
RPT BM SJKC TAHUN 5KSSR (Sila muat turun)

RPT BM SJKC TAHUN 6 (KBSR)  (Sila muat turun) : peta ithink disediakan di dalamnnya.

TITIK SANTAI :: :: ::  
Sebarang kekurangan leeza dahulukan dengan kata maaf.

Pengajaran Penulisan Ulasan Nilai Murni

$
0
0
       Salam sejahtera. Kali ni leeza tampil dengan tajuk Pengajaran Penulisan Ulasan Nilai Murni. Tahun lepas diberi peluang mengajar kelas elit (murid-murid yang cemerlang). Maka, pengajaran penulisan ulasan nilai murni agak mudah disampaikan dengan cara biasa (penerangan + contoh). 
   
   Agak berbeza tahun 2015 ini, kelas yang diberi ialah kelas elit dan kelas yang lemah. Maka, pengajaran agak berbeza. Fuhhh mencabar juga nak buat murid-murid memahami penulisan ulasan nilai murni. Kali ni leeza tampil dengan unsur warna. Dahulu leeza menggunakan singkatan PKKNSB tapi kali ini leeza hanya menggunakan warna untuk membeza dan memudahkan murid-murid.

   Sejauh mana keberkesanannya, leeza perlu tunggu bulan depan. Moga murid mudah memahami dan mengingatinya untuk diaplikasikan dalam harian mereka. 

    Bahan atau pemudah cara untuk pengajaran Penulisan Ulasan Nilai Murni adalah seperti berikut. Moga mereka dapat menguasainya. Segelintir murid kelas lemah leeza ni tidak menguasai hampir 70% Bahasa Malaysianya. 

Cara Ajar Ulasan Nilai
   Leeza guna 4 warna sahaja dalam menghasil penulisan ulasan nilai murni. Leeza fokuskan 4 warna yang ada pada rumah sukan. Leeza harap mudahkan mereka ingat. leeza mulakan dengan warna merah kerana di sekolah cina & dalam bahasa cina kita akan mula sebut merah - kuning - biru - hijau.

** Kalau ada sesiapan ada link atau cara yang mudah untuk mengajar... Sila beri tunjuk ajar.

D'One Steak Restaurant

$
0
0
Pada mereka yang tinggal di Shah Alam, khususnya kawasan I-City, bolehlah berkunjung ke D'One Steak Restaurant untuk menikmati makanan ala barat. Leeza dari Cheras dengan tujuan nak lepak makan kat Chemistry Cafe. Namun, niat ni terbantut sebab masa tu leeza nak menikmati makan malam. Boleh dikatakan nak makan makanan yang berat.

D'One Steak Restaurant
    Chemistry Cafe ni lebih kepada makanan seperti kek, spegetti dan seumpamanya. Maka, leeza pun singgah lah restoran sebelah Chemistry Cafe iaitu D'One Steak Restaurant. Makan makanan ala barat semestinya sudah menjadi kegemaran leeza. Lain kali kalau leeza nak lepak-lepak, leeza datang Chemistry Cafe. 

    D'One Steak Restaurant bertemakan makanan barat, semestinya menunya lebih kepada western food. Ni dua makanan yang leeza pesan. 4 bintang... Sedap...... Harga pula berpatutan. Leeza lupa pula harganya
D'One Steak Restaurant
D'One Steak Restaurant

    Suasana di D'One Steak Restaurant masa tu agak ramai orang. Leeza boleh ketagorikan D'One Steak Restaurant menjadi pilihan penduduk di kawasan Shah Alam.

      Demikian sahaja yang dapat leeza kongsikan. Selamat menjamu selera. Selamat mencuba... Daaa~

Benang Hijau Sebagai Pilihan

$
0
0
Apa tu Benang Hijau? Mula-mula dengar, ingatkan tudung atau kainnya dibuat dengan benang hijau khas ker apa. Rupa-rupanya satu jenama. Unik sekali.

Secara ringkas tentang Benang Hijau : 
Benang Hijau Collections merupakan sebuah syarikat yang menjual pakaian dan aksesori wanita.
Diasaskan pada Julai 2012, Benang Hijau Collections terus berkembang maju dengan pembukaan butik di Bandar Baru Bangi dan 6 outlet di sekitar Johor dan Kelantan.
Fokus utama kami adalah kepuasan pelanggan kerana kami yakin itulah cara untuk kami terus bertahan dan berkembang. 
Terima kasih di atas sokongan anda. Doakan kami dapat terus membekalkan koleksi pakaian yang cantik dan terkini kepada anda. -copypaste dari laman Benang Hijau

Baru-baru ni leeza didedahkan dengan tudung bawal Benang Hijau. Rakan sekerja promote kat leeza pasal tudung Benang Hijau ni. Dek kerana dah lama tak membeli tudung bawal. Leeza pun gatal-gatal tangan lah jenguk laman Benang Hijau. Para pembaca boleh lah jenguk dan singgah di laman Benang Hijau.

Klik gambar Benang Hijau di bawah untuk ke laman pembelian : 
Benang Hijau Sebagai Pilihan
Kat situ kalian boleh lah pilih tudung atau shawl rekaan Benang Hijau yang kalian minat. Macam shopping di Zalora. Mudah sahaja.

Selain itu, mungkin pembeli juga boleh beli dengan membuat tempahan melalui aplikasi whatsapp. Ini nombor untuk whatsapp Benang Hijau : 016-7718940 . Instagram Benang Hijau pula di SINI

Kalau nak ke butik Benang Hijau terus pun boleh.... Alamat seperti berikut : 
CAWANGAN BANGI
15G Jalan Medan Pusat 2D, 
Persiaran Bangi, Seksyen 9, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor.
0167728950

Untuk cawangan negeri Johor dan Kelantan : kalian boleh rujuk SINI

Kalau kalian dah beli tudung Bawal Hijau ni.. dan kalian tak tahu nak bergaya dengannya, boleh ke instagram Tutorial Benang Hijau....  SINI .... Leeza tunjukkan satu contoh k.
Tutorial Benang Hijau

Sebagai penutup perkongsian kali ni. Leeza share kan beberapa keping gambar sempena Benang Hijau buat promosi semalam di Cawangan Bangi.

Benang Hijau
Benang Hijau Cawangan Bangi
Sekian .............. Terima kasih.....

Kuiz Nilai Murni 1

$
0
0
Kuiz Nilai Murni 1 (Hanya sekadar rangsangan kepada murid) Masih dalam eksperimen...
 




Di sini leeza kongsikan aktiviti membaca dan menjawab kuiz. Hanya 6 soalan.. Sebagai rangsangan sahaja. Sepanjang tiga minggu leeza berada di dalam kelas dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran, leeza rasa murid-murid leeza dari kelas 4* ni agak kurang memberi tumpuan, ada yang tersenyum seorang diri, ada yang tengok kanan tengok kiri. Maka, leeza nak cuba dengan aktiviti rangsangan ni. Kebarangkalian kuran minat dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia. 

Sekian .....

Karangan Pengalaman ke Pasar Malam

$
0
0
Latihan isi tempat kosong sahaja. Tumpuan untuk murid lemah.



TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza cuba yang terbaik... :-)

Karangan Sambutan Hari Lahir Saya

$
0
0

Sambutan Hari Lahir Saya
(Karangan diambil dari keratan didik 4 Feb 2015)
Karangan Sambutan Hari Lahir Saya

Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang ke-12. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang terletak di Taman Intan Baiduri. Berbagai-bagai persiapan dan aktiviti telah dirancang oleh ibu dan kakak saya.

Saya juga sibuk membuat persiapan di ruang tamu. Antaranya menghias dan menggantung belon yang berwarna-warni dan juga menyusun kerusi dan meja. Kemudian, saya membantu kakak menghidang pelbagai jenis makanan. Ramai kawan yang telah diundang hadir untuk memeriahkan majlis hari lahir saya pada petang itu.
Masanya telah pun tiba. Ibu meletakkan kek di atas meja. Ayah membacakan doa selamat bagi memberkati majlis hari lahir saya. Selepas itu, rakan-rakan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir untuk saya. Mereka turut memberikan hadiah kepada saya.

Kemudian, kami pun menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Antara juadah tersebut seperti nasi beriani, ayam goreng, kuih-muih dan kek. Masing-masing begitu berselera kerana perut pun sudah lapar.

Setelah beberapa minit menikmati hidangan, beberapa orang rakan saya telah membuat persembahan nyanyian. Selepas itu, kami telah menyusun kerusi dalam bentuk bulatan untuk mengadakan aktiviti bermain kerusi muzik. Sesiapa yang gagal duduk di kerusi apabila muzik dihentikan, akan terkeluar daripada pertandingan tersebut. Kami tertawa geli hati apabila melihat pelbagai aksi dan telatahrakan-rakan kami.

Seterusnya ialah acara membuka hadiah. Rakan-rakan saya duduk berkerumun sambil memerhatikan saya membuka satu persatu hadiah yang saya dapat. Saya berasa terharu kerana mendapat hadiah yang banyak dan berguna buat diri saya. Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi hadiah kepada saya.

Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan berpuas hati dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Pasti majlis ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya.


Rangka Karangan Perkelahan (Surat)

$
0
0
Kali ni leeza berkongsi lembaran kerja untuk menghasilkan karangan. Fokus kepada sekolah rendah dan aras sederhana. Rangka karangan ini sesuai digunakan untuk menghasilkan karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi.Tajuk karangan ialah Perkelahan.

Soalan karangan yang diberikan :
Pada cuti yang lalu, kamu dan keluarga telah berkelah di sebuah tempat yang menarik. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu berkelah di tempat menarik itu.

Kalian boleh download lembaran ini pada link yang diberikan. Contoh lembaran adalah seperti berikut. Moga dapat membantu.
Rangka Karangan Perkelahan (Surat)
DOWNLOAD dalam bentuk MICROSOFT WORD (1 PAGE ADA 8 SET) - 

Hasil rangka adalah daripada rujukan Berita Harian-Didik. Leeza buat pengubahsuaian sedikit supaya sesuai digunakan untuk karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Sekian. :-) 

Karangan Sahabat Saya

$
0
0
Selamat sejahtera. Kali ini leeza kongsikan bahan edaran karangan sahabat saya untuk murid-murid. Kali ini berfokuskan kepada murid yang lemah dalam penulisan. Maka, leeza gunalah cara susun mengikut urutan yang betul sahaja. 

Leeza ketengahkan bahan edaran karangan yang memerlukan murid-murid menyusun mengikut urutan yang betul. Setiap perenggan pun leeza gunakan ayat yang mudah. Moga dapat membantu murid-murid meningkatkan penguasaan dalam penulisan karangan karangan sahabat saya.

Ini contoh edarannya.. Sila klik pada LINK untuk muat turun bahan dalam bentuk word atau PDF.

Karangan Sahabat Saya
MUAT TURUN :
LEMBARAN KARANGAN SAHABAT SAYA (SUSUN) SINI
Moga dapat membantu.... Salam Sejahtera...

Kisah Permata: Pengenalan Permata

$
0
0

Tahun ini lain pula ceritanya. Tahun 2015 bermula dengan pantasnya. Tahu-tahu dah bulan April. Kerenah murid-murid leeza tahun ini juga berbeza jika dibandingkan tahun lepas. Nak berkongsi sikitlah perbezaan atau cabaran yang leeza hadapi tahun ni. 

Tahun 4 (2015) "KELAS ELIT PERTAMA"
Gelagat dan kerenah muridnya, leeza boleh samakan dengan peribahasa seperti murai tercabut ekor. Bicaranya tidak dapat dihentikan, pendek kata macam radio rosak atau radio kehilangan siaran. Huuuu semangat kalau nak tenangkan kelas tu. 

Tatkala guru bersemangat mengajar dan menerangkan bla blaaa blaaaa.... Mereka juga tidak keruan mencatat, tidak terkecuali sebilangan kecil yang mengelamun entah ke mana. Tahu-tahu bila disoal, satu pun tidak terkata, angin satu badan dibuatnya. 

Satu yang mengagumkan, semangat daya saing, semangat untuk menjadi yang pertama dalam kalangan mereka yang otak cair sungguh tinggi dalam diri mereka. Kagum sekali guru melihatnya. Dek kerana semangat daya saing yang melangit itu, kegagalan sukar pula diterima.

Air mata berjurai pada mereka yang kecundang dalam medan pertempuran. Tidak kira jantina, air mata terus mengalir. Hmmmmmm guru hanya tersenyum melihat mereka. Nasihat diusulkan membaiki setiap kelemahan.

Hari demi hari mereka mula belajar menerima kekalahan, belajar bertoleransi, belajar mencontohi mereka yang agung sekali di kelas itu. 

Di sini, guru dipertemukan dengan permata yang bernilai. Permata yang perlu digilap dan akan bersinar. Leeza "dijodohkan" dengan seorang murid yang "HEBAT" ... Sehingga guru perlu menjadikan kamus sebagai peneman tatkala menyemak karangan dan bina ayatnya. Insan yang bernama YKK . 

Ingin aku ucapkan ribuan terima kasih kepada murid permata ini kerana menjadikan aku lebih bermotivasi sebagai seorang guru. Sudah lama kunantikan murid sehebat ini hadir dalam dairi hidupku.

Sehebat manakah murid ini??? Akanku kukongsikan  ceritanya pada entri akan datang!

DSKP dan Perekodan Murid

$
0
0
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran atau diringkaskan DSKP. Di sini leeza kongsikan DSKP untuk Bahasa Malaysia SJKC

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran DSKP
BAHASA MALAYSIASJKC
Tahun 1 - Muat Turun DSKP Tahun 1

Tahun 2 - Muat Turun DSKP Tahun 2
Tahun 3 - Muat Turun DSKP Tahun 3
Tahun 4 - Muat Turun DSKP Tahun 4
Tahun 5 - Muat Turun DSKP Tahun 5

harap maklum DSKP BM SJKC Tahun 1, 2 dan 3, kredit dari laman ini 
Untuk lebih mudah, kalian digalakkan terus ke laman tersebut. Di laman tersebut menyediakan DSKP untuk semua mata pelajaran dan tahun. Sekian ~


Perekodan Murid *kredit http://tw.gigacircle.com/
Perekodan Murid Tahun 1 hingga 3 - Muat Turun Sini *kredit giga circle
Perekodan Murid Tahun 4 - Muat Turun Sini
Perekodan Murid Tahun 5 - Muat Turun Sini

harap maklum. link yang diberi untuk perekodan murid adalah bersumberkan dari laman gigacircle!

 TITIK SANTAI :: :: ::  
Untuk rujukan panitia sekolah saya. TQ

Seoul Garden The Mines

$
0
0
Seoul Garden The Mines
Salam kepada semua pembaca. Lama rasanya tidak membuat entri. Kembalinya leeza pada kali ni dengan tajuk entri seperti yang di atas iaitu Seoul Garden The Mines. Bulan puasa ni agak buntu nak masak apa. (Tahu masak ker cik kak?) Jadi leeza mengambil keputusan berbuka di Seoul Garden The Mines.

Harga untuk seorang RM55.. Kalian boleh menjamu selera dari berbuka sehingga lah jam 10.30 malam. Ok, untuk hari biasa kalau kalian berminat nak menjamu selera di Seoul Garden The Mines, harganya seperti di bawah :

LUNCH : 11.30 AM - 3.59 PM
DEWASA : RM 36
KANAK-KANAK : RM18

DINNER : 4.00 PM - 10.30 PM 
DEWASA :RM 48
KANAK-KANAK : RM22

Keseluruhannya, leeza berpuas hati dengan hidangan yang disediakan di Seoul Garden The Mines. Harga juga bersesuaian dengan menu yang diberi.
Boleh lihat menu di sini. Tak sempat nak snap gambar masa tu.

Video Kredit dari laman Seoul GardenSini
 
Kalau kalian nak buat tempahan dulu pun ok. Ini maklumatnya,
The Mines
L3-59, Level 3,
Jalan Dulang, Mines Resort City,
Seri Kembagan, 43300,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 – 89573316
Business Hours: 11.30am - 10.00pm

Untuk mengetahui Cawangan Seoul Garden yang lain, boleh kunjungi laman web Seoul Garden di SINI.

Sekian... Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.


Shopping Online di Lelong.com.my

$
0
0
Shopping Online di Lelong.com.my
Salam bertemu dan bersua kembali. Kali ni leeza nak berkongsi sebuah laman iaitu lelong.com.my ... Kepada yang berminat nak shopping online, leeza berpendapat lelong.com.my merupakan salah satu laman yang sesuai untuk kalian kunjungi. Lelong.com.my menjual pelbagai jenis barangan. Kalian hanya perlu menaip barangan yang kalian ingin cari.

Pelbagai Barangan yang dijual di lelong.com.my .. Pakaian, tudung, barang elektrik, barang sukan, barang sekolah, beg ker apa ker... Tinjau jer lah kat sana. Moga-moga dapat harga yang bersesaian.

Sebelum kalian membeli sesuatu barangan di lelong.com.my, pastikan kalian telah membuat tinjauan secukupnya. Adakalanya, sesuatu barangan yang kalian ingin beli itu, kalian boleh dapat dengan harga yang murah daripada penjual. 
Lelong.com.my Jom Shopping

SeRiusLy !! You all kena buat SerVey !
Contoh, leeza sendiri telah membuat tinjauan dua hari terhadap sesuatu barangan yang leeza hendak beli. Dari harga rm90 leeza berjaya menjumpainya hingga harga RM35.. Barangan yang sama. Jadi, kalian perlu bijak membuat tinjauan di lelong.com.my. Bijak memilih penjual yang menawarkan harga yang bersesuaian dengan kehendak anda. 

**Kepada yang berminat untuk memasukkan jualan mereka di laman ini juga boleh daftar di lelong.com.my di SINI.

Sekian ...

Kapak Besi Pak Tua

$
0
0
Hasil penulisan murid-muridku yang bertajuk Kapak Besi Pak Tua. Karangan dihasilkan secara berpandu dengan rujukan Buku Teks Bahasa Malaysia SJKC Tahun 4.

Kapak Besi Pak Tua SantaiLeeza



   Pada suatu hari, Pak Tua ke hutan. Dia membawa sebilah kapak besi yang sudah buruk. Semasa berjalan di tebing sebatang sungai, kapak besinya terjatuh ke dalam sungai. Pak Tua berasa amat sedih kerana dia tidak mempunyai kapak yang lain untuk menebas kayu-kayan. Tiba-tiba seorang Si Pari-pari terlihat kejadian yang menimpa Pak Tua.

   Si Pari-pari berasa kasihan terhadap apa yang berlaku pada Pak Tua. Si Pari-pari menuju ke arah Pak Tua lalu memujuknya. Pak Tua memberitahu Si Pari-pari bahawa kapak yang terjatuh ke dalam sungai itu merupakan satu-satunya kapak kepunyaannya. Dia tidak dapat menebas kayu-kayan untuk menyara hidup keluarganya. Selepas mendengar penjelasan Pak Tua, Si Pari-pari berjanji menolongnya untuk mencari kapak besi itu. Selepas itu, dia terus menyelam ke dalam sungai untuk mencari kapak besi.

   Tidak lama kemudian, Si Pari-pari timbul di permukaan sungai dengan sebilah kapak emas. Si Pari-pari memberikan kapak emas kepada Pak Tua tetapi Pak Tua enggan mengambilnya kerana kapak itu bukan kepunyaannya.

   Selepas itu, Si pari-pari terjun ke sungai semula. Tidak lama kemudian, Si Pari-pari membawa kapak perak dan kapak gangsa. Pak Tua memberitahu Si Pari-pari bahawa   kapak-kapak itu bukan kepunyaannya. Pak Tua berterima kasih kepada Si Pari-pari tetapi Pak Tua enggan mengambil kapak-kapak itu.

Kemudian, terjunlah Si Pari-pari ke dalam sungai. Dia timbul dengan membawa sebatang kapak besi. Apabila terpantang kapak itu giranglah hati Pak Tua. Sebagai balasan kejujuran Pak Tua, Si Pari-pari menghadiahkan kapak emas, perak dan gangsa kepada Pak Tua sambil berpantun:

        Daun palas daun keranji,
                Di tepi jalan dimakan rusa;
        Jujur ikhlas sikap terpuji,
                Jadikan amalan setiap masa.
                       
Hasil Karya: Liang Zhao Xiong ( 4 RAJIN - 2015 )
Latihan Berpandukan Buku Teks Bahasa Malaysia SJKC Tahun 4

Petikan Nilai: Kisah Jason

$
0
0
Latihan Nilai Murni 1 : Kisah Jason

Sekian

Karangan Berkat Kerajinan

$
0
0
Salam sejahtera semua. Entri kali ini leeza ingin berkongsi dengan kalian hasil penulisan murid leeza. Latihan berpandukan Buku Teks Tahun 4, Bahasa Malaysia SJKC. Tajuk Berkat Kerajinan

Berkat Kerajinan Bahasa Malaysia Tahun 4
Hasan pesawah padi.  Sawah padinya sangat luas seperti lautan.  Setiap hari, Hasan pergi ke sawah.  Kehidupannya boleh diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Oleh sebab itu, Hasan rajin dan bersemangat tinggi semasa bekerja di sawah padinya untuk menyara keluarganya.  Dia menanam anak padi dan menjaganya dengan baik bagai menatang minyak yang penuh supaya anak padinya hidup subur.

         Beberapa bulan kemudian, Hasan berasa sangat gembira seperti anjing terjumpa pasir apabila melihat padinya menguning.  Dia berasa usahanya tidak sia-sia kerana mendapat hasil yang lumayan.

         Malang tidak berbau, beberapa ekor burung pipit makan padi yang ditanam oleh Hasan.  Hasan menghalau burung pipit tetapi burung pipit datang semula.  Hasan kelihatan resah gelisah seperti duduk dalam duri.  Ibunya menasihati Hasan supaya bersabar dan tidak berasa risau.

         Hasan dan ibunya menggantungkan tin-tin di sekeliling sawah padi.  Hal ini kerana tin-tin boleh mengeluarkan bunyi supaya burung pipit tidak datang ke sawahnya.  Mereka juga mencacakkan orang-orangan di tengah sawah padi supaya burung pipit menganggap orang-orangan ialah manusia.

         Selepas tin-tin dan orang-orangan dipacakkan di sawahnya, masih ada burung yang makan padinya.  Namun, Hasan membiarkan burung-burung tersebut.

         Berkat kesabarannya, Hasan mendapat hasil padi yang berlipat kali ganda.  Hasan bersyukur kerana hidupnya bertambah senang, bak kata pepatah hilang kabus teduh hujan.  Cerita ini memberi pengajaran kepada kita iaitu apabila membuat sesuatu pekerjaan, kita haruslah terus berusaha dan  tidak berputus asa ketika menghadapi kesusahan.

Karya Yip Kah Keng, 4 Rajin (2015)


TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza

Karangan Berkat Kerajinan 2

$
0
0
Bertemu lagi dengan hasil karangan murid. Semoga contoh-contoh karangan murid dapat membantu rakan-rakan yang lain menghasilkan sebuah karangan yang baik seperti mereka. Sama-samalah kita berusaha.

Karangan berpandu dengan Tajuk Berkat Kerajinan. Hasil karangan berpandukan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4.
Karangan Berkat Kerajinan 2
             Hasan pesawah padi.  Sawah padinya sangat luas seperti padang.  Setiap hari, Hasan pergi ke sawah dan bekerja bersungguh-sungguh.  Kehidupannya boleh diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Namun begitu, Hasan masih rajin seperti semutdan bersemangat tinggi bekerja di sawah padinya.  Dia menanam anak padi dengan teliti di sawahnya.  Dengan kerajinannya, anak pokoknya hidup dengan subur.

         Selepas beberapa bulan, Hasan berasa gembira seperti itik mendapat air kerana padi menguning seperti emas.  Hasan berasa usahanya tidak sia-sia semasa bekerja di sawah padinya.

        Malang tidak berbau, pada suatu hari, beberapa ekor burung pipit makan padinya.  Hasan menghalau burung pipit itu tetapi mereka datang semula.  Perasaan Hasan kecewa bagai dihiris dengan sembilu selepas padinya dimakan oleh burung pipit itu.  Namun begitu, ibunya menasihati Hasan supaya bersabar.

        Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menghalau burung pipit itu. Mula-mula, mereka menggantungkan tin-tin di sekeliling sawah.  Selain itu, mereka juga mencacakkan orang-orangan di tengah sawah padinya.

         Selepas tin-tin dan orang-orangan dipacakkan di sawahnya, masih ada burung yang makan padinya.  Namun, Hasan membiarkan burung -burung tersebut.

         Berkat kesabarannya, Hasan mendapat hasil padi yang berlipat kali ganda.  Hasan bersyukur kerana hidupnya bertambah senang.  Cerita ini memberikan kita bahawa orang yang rajin pasti akan berjaya kerana asal ditugal adalah benih.

Karya Yip Kah Kit, 4 Rajin (2015)

Berkat Kerajinan 3

$
0
0

Bertemu kita pada entri ini. Masih dengan hasil karangan murid yang bertajuk BERKAT KERAJINAN.
Berkat Kerajinan Burung Pipit Sawah Padi
    Hasan pesawah padi. Sawah padinya sangat luas. Setiap hari, Hasan pergi ke sawah. Dia seorang yang rajin dan bersemangat tinggi. Dia mananam anak padi, menyiram air dan membubur baja. Anak padinya kelihatan hidup subur dan membesar dengan cepat.
       Selepas beberapa bulan, Hasan berasa sangat gembira seperti itik dapat air kerana padi mulai menguning. Usahanya selama ini tidak sia-sia.  
       Beberapa hari kemudian, kelihatan banyak ekor burung pipit makan padi Hasan. Hasan terus menghalau burung pipit tetapi burung pipit sentiasa datang semula. Ibu Hasan menasihatinya supaya bersabar dan mencari jalan untuk menghalau burung-burung pipit .
        Hasan mula mengumpul tin-in kosong. Selepas membuat lubang pada tin-tin dan menyambungkan tin-tin dengan tali, dia menggantungkan tin-tin pada kayu yang dicacakkan di beberapa tempat di sawah padinya. Selain itu dia juga mencacakkan orang-orangan yang  diperbuat dari padi jerami, baju dan topi di tengah sawah padi.
          Selepas tin-tin dan orang-orangan dipacakkan di sawahnya, masih ada burung yang makan padinya. Namun, Hasan membiarkan burung-burung tersebut.
         Berkat kesabarannya, Hasan mendapat hasil padi yang berlipat kali ganda. Hasan bersyukur kerana hidupnya bertambah senang.

Hasil murid : Kew Jun Yi (4Rajin, 2015)

Peta Minda Berkat Kerajinan

$
0
0
Baru-baru ni leeza ada kongsikan hasil karangan murid yang bertajuk Berkat Kerajinan. Watak yang bernama Hasan. Kali ni leeza kongsikan hasil peta mindaBerkat Kerajinan

Sangat kreatif hasil murid-murid. Terima kasih atas usaha yang dicurahkan untuk menghasilkan peta minda yang kreatif ini. Jom lihat peta minda murid-murid Tahun 4 Rajin sesi 2015 ini.

Pata Minda Kreatif 1

Peta Minda Berkat Kerajinan Kreatif 2

Peta Minda Berkat Kerajinan Kreatif 3

Peta Minda Berkat Kerajinan Kreatif 4

Peta Minda Berkat Kerajinan Kreatif  5

Peta Minda Berkat Kerajinan Kreatif 6

Peta Minda Berkat Kerajinan Kreatif  7

Peta Minda Berkat Kerajinan Kreatif 8

Peta Minda Berkat Kerajinan Kreatif  9

Setakat ini sahaja perkongsian pada kali ini.

Guang Zhou China, Ada Apa?

$
0
0

Cuti pertengahan tahun lalu, leeza telah bercuti di Guang Zhou China. Percutian tanpa dirancang sebenarnya. Syukur, segalanya berjalan lancar. Pertama kali leeza nak kongsikan tempat menarik di Guang Zhou China.

Pertama sekali, kalau kita pergi ke Guang Zhou China ni, kita mestilah boleh bertutur bahasa Mandarin. Sebabnya, orang di sana kurang fasih berbahasa Inggeris. Jalan penyelesaiannya, kalian perlu mencatat nama tempat yang hendak anda tuju itu (Dalam Tulisan Cina yer).

Baiklah, leeza ringkas tempat yang boleh kalian pergi di sana :

1.     Snap Gambar Menara di Guang Zhou dengan menaiki Cruise
Guang Zhou - Pearl River Cruise
2.    Pearl River Cruise
3.    Beijing Lu Street
4.    One Link Plaza
5.    Guang Zhou Zoo
6.    Dataran Shang Xia Jiu

Makanan Halal di Guang Zhou China :
Restoran ni Makanan Halal dia THE BEST! Guang Zhou Halal Food
Sate Kambing di Guang Zhou
 
** Leeza ada join lawatan sehari melawat tempat menarik di GuangZhou. Pemandu pelancong tu tidak memberi layanan yang sepatutnya. Tidak berapa faham tempat yang dituju.
Guang Zhou China

Guang Zhou China
 Tempat atas ni seronok... Leeza suka pergi sini. Kesuntukan masa hari tu, tak sempat nak snap picture banyak-banyak!!

Guang Zhou China

*** Berhati-hati juga dengan pemandu pelancong di sana. Di akhir lawatan itu, leeza diturunkan di sebuah stesen bas yang leeza sendiri tidak ketahui tempatnya. Semua pelancong diturunkan di sebuah stesen bas sebab masa dah pukul 5:00 petang. Atas sebab apa diturunkan, tidak diberitahu. Kami semua diminta turun tanpa beri sebarang alasan dan dia meminta kami mengambil teksi untuk pulang ke hotel. Seriusly menyirap darah masa tu. 
Yang seronok di Guang Zhou China ni, untuk mereka yang kaki shopping, seriusly inilah tempatnya. Kalau nak beli beg, apa jenis beg yang tak ada. Kalau nak beli kasut, segala jenis kasut ada. Baju?? Itu lagi banyak. Pendek kata Guang Zhou Istana Shopping! Gajet, aksesori telefon, powerbank.. semua ada....! Murah pun murah.

Seterusnya, destinasi Shen Zhen.. Naik train dari Guang Zhou... 
 Nantikan entri seterusnya....
 

Viewing all 252 articles
Browse latest View live