Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 252

Karangan Berkat Kerajinan

$
0
0
Salam sejahtera semua. Entri kali ini leeza ingin berkongsi dengan kalian hasil penulisan murid leeza. Latihan berpandukan Buku Teks Tahun 4, Bahasa Malaysia SJKC. Tajuk Berkat Kerajinan

Berkat Kerajinan Bahasa Malaysia Tahun 4
Hasan pesawah padi.  Sawah padinya sangat luas seperti lautan.  Setiap hari, Hasan pergi ke sawah.  Kehidupannya boleh diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Oleh sebab itu, Hasan rajin dan bersemangat tinggi semasa bekerja di sawah padinya untuk menyara keluarganya.  Dia menanam anak padi dan menjaganya dengan baik bagai menatang minyak yang penuh supaya anak padinya hidup subur.

         Beberapa bulan kemudian, Hasan berasa sangat gembira seperti anjing terjumpa pasir apabila melihat padinya menguning.  Dia berasa usahanya tidak sia-sia kerana mendapat hasil yang lumayan.

         Malang tidak berbau, beberapa ekor burung pipit makan padi yang ditanam oleh Hasan.  Hasan menghalau burung pipit tetapi burung pipit datang semula.  Hasan kelihatan resah gelisah seperti duduk dalam duri.  Ibunya menasihati Hasan supaya bersabar dan tidak berasa risau.

         Hasan dan ibunya menggantungkan tin-tin di sekeliling sawah padi.  Hal ini kerana tin-tin boleh mengeluarkan bunyi supaya burung pipit tidak datang ke sawahnya.  Mereka juga mencacakkan orang-orangan di tengah sawah padi supaya burung pipit menganggap orang-orangan ialah manusia.

         Selepas tin-tin dan orang-orangan dipacakkan di sawahnya, masih ada burung yang makan padinya.  Namun, Hasan membiarkan burung-burung tersebut.

         Berkat kesabarannya, Hasan mendapat hasil padi yang berlipat kali ganda.  Hasan bersyukur kerana hidupnya bertambah senang, bak kata pepatah hilang kabus teduh hujan.  Cerita ini memberi pengajaran kepada kita iaitu apabila membuat sesuatu pekerjaan, kita haruslah terus berusaha dan  tidak berputus asa ketika menghadapi kesusahan.

Karya Yip Kah Keng, 4 Rajin (2015)


TITIK SANTAI :: :: ::  
Leeza

Viewing all articles
Browse latest Browse all 252