Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 252

Karangan Berkat Kerajinan 2

$
0
0
Bertemu lagi dengan hasil karangan murid. Semoga contoh-contoh karangan murid dapat membantu rakan-rakan yang lain menghasilkan sebuah karangan yang baik seperti mereka. Sama-samalah kita berusaha.

Karangan berpandu dengan Tajuk Berkat Kerajinan. Hasil karangan berpandukan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4.
Karangan Berkat Kerajinan 2
             Hasan pesawah padi.  Sawah padinya sangat luas seperti padang.  Setiap hari, Hasan pergi ke sawah dan bekerja bersungguh-sungguh.  Kehidupannya boleh diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Namun begitu, Hasan masih rajin seperti semutdan bersemangat tinggi bekerja di sawah padinya.  Dia menanam anak padi dengan teliti di sawahnya.  Dengan kerajinannya, anak pokoknya hidup dengan subur.

         Selepas beberapa bulan, Hasan berasa gembira seperti itik mendapat air kerana padi menguning seperti emas.  Hasan berasa usahanya tidak sia-sia semasa bekerja di sawah padinya.

        Malang tidak berbau, pada suatu hari, beberapa ekor burung pipit makan padinya.  Hasan menghalau burung pipit itu tetapi mereka datang semula.  Perasaan Hasan kecewa bagai dihiris dengan sembilu selepas padinya dimakan oleh burung pipit itu.  Namun begitu, ibunya menasihati Hasan supaya bersabar.

        Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menghalau burung pipit itu. Mula-mula, mereka menggantungkan tin-tin di sekeliling sawah.  Selain itu, mereka juga mencacakkan orang-orangan di tengah sawah padinya.

         Selepas tin-tin dan orang-orangan dipacakkan di sawahnya, masih ada burung yang makan padinya.  Namun, Hasan membiarkan burung -burung tersebut.

         Berkat kesabarannya, Hasan mendapat hasil padi yang berlipat kali ganda.  Hasan bersyukur kerana hidupnya bertambah senang.  Cerita ini memberikan kita bahawa orang yang rajin pasti akan berjaya kerana asal ditugal adalah benih.

Karya Yip Kah Kit, 4 Rajin (2015)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 252