Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 252

Terbang Bersama Malaysia Airlines

$
0
0
Terbang ke Surabaya Indonesia bersama Malaysia Airlines

Gambar Carian Google : Terima kasih

Ya!! kita tidak mungkin dapat menafikan bahawa terlalu banyak pilihan syarikat penebangan yang boleh kita pilih untuk meneroka dunia ini. Namun, leeza tidak menafikan fly dengan Malaysia Airlines System juga termasuk dalam senarai tinjaun leeza.

Apabila kita menyatakan tentang tiket penerbangan, terutamanya tentang Malaysia Airlines System, tiada pihak yang mahu memberi respon positif tentang harganya. Rata-rata menyatakan “mahal lah” … Haaaa… di sini leeza ingin berkongsi pengalaman manis fly dengan MalaysiaAirlines System

Syarikat penebangan nasional yang ditubuhkan oleh pihak British pada tahun 1937 iaitu Malayan Airways kini yang dikenali sebagai Malaysia Airlines System, masih kekal bertapak serta beroperasi di bumi Malaysia. Masa mula-mula berjinak-jinak dengan hobi melancong,  Malaysia Airlines System dengan reputasinya the best Airlines in Malaysia ini hanya menjadi tempat cuci mata leeza dengan keluarga sahaja. Harga yang mahal mana mungkin sesuai dengan leeza kan. Al-maklum, kita ukur baju di badan sendiri.

Di kelilingi rakan-rakan yang sering menggunakan pengangkutan udara, leeza mula mendengar beberapa komen yang luar biasa. Jari ni pun mula lah meneroka dan memerhati. Biasalah, nak melancong perlulah banyak meneroka, membuat banding beza dan mencari maklumat yang terbaik untuk kita.

Hajat nak menaiki the best Airlines in Malaysia dah lama terbuku di benak hati... Akhirnya, dapat juga peluang merealisasikan hajat di hati. Ohhh terjiwanglah pulak.  

Dengan destinasi leeza iaitu ke Surabaya Indonesia, leeza buat tinjauan dan “study” yang mendalam, akhirnya Malaysia Airlines System menawarkan harga yang luar biasa dan memikat hati leeza. Pendek kata berbaloi lah.

Harga dan perkhidmatan yang diberikan amat berbeza. Leeza tidak sangka dengan bayaran yang serendah itu, leeza mendapat layanan yang best daripada pihak mereka. Benar kata orang, kita tidak merasainya, mana mungkin kita mengetahui kebenarannya. Leeza boleh gambarkan dengan beberapa kata,

“Selesa .. Puas Hati .. Mesra .. Berbaloi..”

Perkara yang buat leeza rasa seronok ialah aspek layanan dan makanan yang disediakan. Leeza ni jenis kalau naik flight memang kena ada makanan. Tak kesah lah nak mengunyah atau nak mengenyangkan perut, tapi mesti kena ada makanan untuk menghilangkan rasa jauhnya perjalanan. Kalau tidak, terasa lama sungguh perjalanan.

Nasi lemak Malaysia Airlines is the best. Leeza rasa berbaloi untuk kita nikmatinya. Baunya yang “menggoda” itu boleh mengganggu emosi jiran-jiran sebelah taw... Oppss... sorry ya orang orang sebelah leeza... Tatkala leeza menikmatinya, terasa ada mata yang memandang. Ikan bilis yang rangup disertai sambal yang just nice, tidak terlalu pedas, berjaya mengenyangkan perut ini. Sesuap demi sesuap sambil menikmati panorama lelangit biru dan awan putih membuat leeza berkhayal seketika... Thanks Mas Air Line atas memori indah leeza.

Oh yer pasal bagasi pula. Juga memuaskan hati leeza. Tipulah kalau kita pergi melancong dengan satu beg, tapi kita pulang masih dengan satu beg kann. Perkara ini merupakan satu perkara yang mustahil terjadi pada leeza sekeluarga.  Leeza yakin rata-rata kawan-kawan leeza yang melancong akan pulang dengan beg utamanya beranak-pinak. Satu beg yang dibawa itu akan “melahirkan” anak-anaknya apabila tiba semula ke Malaysia. Haaaaa .... itu satu kejadian yang biasa berlaku.  Tapi tapi tapi !!! Malaysia Airlines System allows for 7 kilo hand carry bag untuk penumpangnya. Jimatkan... Nak shopping banyak pun tak risau. Haaaa.

Akhir kata dan sebagai konklusi leeza menikmati pengalaman manis bersama Mas Airlines, leeza singkatkan dengan dua perkataan BERBALOI dan MESRA.  Empat hari singgah di negara orang, menjelajah dan melihat suasana kehidupan di sana, membawa banyak erti untuk leeza. Sesungguhnya, perjalanan kali ini benar-benar buat leeza bersyukur atas apa yang leeza ada sekarang.

Seindah mana pun negara orang, tidak mungkin seindah di negara sendiri. Tanah airku Malaysia, akan sentiasa menjadi kebanggaanku. Maka, kembalilah leeza dan keluarga dengan penebangan yang sama ke bumi bertuah ini, Malaysia. Terima kasih MAS.


Penutup bicara pada kali ini ... terimalah ...

                                              Perkampungan di Surabaya ..
Indah suasana kampung di sana.


Luaskan pemandangan anda.
Sesungguhnya, jauh perjalanan, luas pengalaman. Melihat kehidupan harian mereka menjadikan aku insan yang lebih bersyukur atas segala kenikmatan yang diberi-Nya.

Sekian coretan leeza ....
Semoga kalian sihat dan ceria selalu.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 252