Quantcast
Channel: Santai Leeza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 252

Cara Saya Kurus dan Cergas

$
0
0
Amalan gaya hidup amat penting dalam kehidupan kita. Pada era ini, ramai antara kita melupakan amalan gaya hidup terutamanya bersenam. Yeah, tidak menafikan leeza sendiri hanyut dengan budaya kerja dan kesibukan untuk memastikan kerja kita diselesaikan dengan baik. Balik rumah pun nak hadap dengan kerja-kerja paperwork yang tak sempat nak siapkan di pejabat. Itulah life leeza selama dua tahun tanpa senaman dan tak cergas langsung.

Dua tahun bertungkus-lumus memastikan kerja diselesaikan dengan baik, prestasi anak murid kekal dalam zon yang baik, buat leeza alpa dan hanyut dengan dunia pekerjaan. Saat itu, badan ini mengembang dan terus berkembang dengan jayanya. Mungkin orang lain rasa leeza dah cukup kurus, nak kecik mana lagi. Ya benar, berat leeza ideal tapi adakah ideal yang sempurna?!

Kesedaran timbul bila setiap pagi leeza hadapi masalah untuk memilih baju yang selesa. Ouch... Hampir 30% baju dalam almari tu tak dapat dipakai dengan selesa. Pendek kata, dah macam sarung nangka lah jawapannya. Rasa macam kurus, tapi semuanya tak boleh pakai. "Bosan betul"...

Kesedaran belum timbul 100% lagi, apabila ada mulut yang menyatakan, "eh macam dah berisi lah..." 

Saat itu.... OK ... FINE...  !!! ... (dalam hati berkata-kata)

Tahap kesedaran muncul 150%... Wowww.... leeza mula kawal makanan... Cara Saya Kurus dan Cergas leeza kongsikan di sini ... 
  • tak makan nasi pada waktu malam, tapi hujung minggu makan seperti biasa.. Tak nak lah kawal makan 100% kan...
  • berjinak-jinak makan salad sayur ... makan buah .. buat milkshake 
  • bersenam all out .... untuk sebulan pertama memang bersenam all out lah 

Workout & Joging
  • Workout seminggu 5 kali selama sebulan (20-30 minit setiap kali)
  • Joging seminggu 4 kali selama sebulan (4-5 km setiap kali lari)
Untuk memastikan leeza berjoging dengan berdisiplinnya, leeza sertai Virtual Run Challenge 50KM dalam masa sebulan. Dugaan leeza masa tu, leeza sertai masa bulan raya haji.. Bayangkan, raya haji memang makan tak hingat dunia lah kan... Lari pun setakat seminggu sekali jer minggu tu. Tapi lepas tu, leeza ganti semula.

Taman Alam Damai
Maka, berjoginglah leeza di sini untuk habiskan 50KM dalam sebulan... Berat mula turun 2kg dan masih kekal sehingga kini tidak turun! Tapi badan mula rasa cergas dan petang tak rasa mengantuk dah sekarang.

Leeza berjaya habiskan dan ini ganjarannya. 

Cara saya kurus dengan workout pula : 

Ok, cakap pasal workout pula, leeza ikut Youtube dan page kat Facebook. Banyak sangat workout yang sesuai untuk perut dan peha. Yeah, bulan pertama tu memang perit lah. Kalau tak ada support kawan-kawan, memang leeza tak jadilah workout. 

Lepas sebulan, hasilnya pasti ada. Baju boleh dipakai dengan selesa... Seluar juga begitu. Dan sekarang ni dah nak masuk bulan ketiga, leeza dah mula slow down joging dan workout. 

SEKARANG SAYA KURUS DAN CERGAS... 
Leeza ... 
JOGING -- 2-3 kali seminggu (distance tambah sikit 5-7KM)
WORKOUT -- Kekal 3-4 kali seminggu 

Sebelum melabuhkan tirainya ... Antara Salad yang leeza sediakan.. 



**Jangan fikir cheese mengemukkan... Kita perlukan juga sebagai pengganti makanan rutin kita. Sebenarnya nak makan nasi tu tak jadi masalah, anda hanya perlu kurangkan kuantitinya sahaja. 

Akhir kata, Anda Sebenar Jauh Lebih Hebat Daripada Yang Anda Fikirkan. Anda pasti boleh buat... Tiada yang mustahil k... Chill.....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 252